Kunci Hati
10 kunci hati untuk jiwa tenang dan tenteram iaitu:
1. Tidak Membenci
- Jangan pernah membenci seseorang, walaupun dia pernah membuat kesalahan kepada anda
2. Tidak Mengeluh
- Jangan mengeluh dan bersedih hati, sebaiknya banyakkan berdoa kepada Tuhan
3. Hidup Sederhana
- Hiduplah dalam keadaan sederhana dan sewajarnya walaupun anda mempunyai kedudukan tinggi dan harta melimpah
4. Bersangka Baik
- Sentiasa berfikiran positif meskipun anda menghadapi masalah dan musibah
5. Selalu Senyum
- Senyumlah walaupun hati sangat terluka
6. Selalu Memberi
- Membiasakan tangan diatas, meskipun anda dalam keadaan lapang atau dalam kesempitan
7. Berdoa Tanpa Pengetahuan Mereka
- Sentiasalah mendoakan kebaikan untuk saudara anda tanpa pengetahuan mereka
8. Tidak Dengki
- Jangan ada perasaan dengki dengan kejayaan teman anda, seharusnya berdoalah semoga anda juga berjaya seperti dia
9. Mudah Memaafkan
- Jangan merasa lelah dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain, kerana terdapat keluhuran budi dan ketenangan di dalamnya
10. Hindari Permusuhan
- Jangan menganggap orang yang berbeza sebagai lawan tetapi anggaplah dia sebagai kawan